Pada 7 April 2022 , Pusat Ekonomi Digital Batu Lintang telah mengadakan Program Semarak Desa dan Advokasi KDB dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi. Program ini bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru terutamanya dalam kalangan komuniti.
Antara program nya ialah ( Klik Dengan Bijak ) , yang pertama ialah perlindungan meklumat peribadi dalam talian. Yang kedua ialah penipuan kewangan, ketiga ialah maklumat palsu dan terakhir sekali ialah aspirasi digital. Kelebihan menyertai aktiviti ini ialah memberi kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan data peribadi dalam kehidupan seseorang supaya data peribadi tidak disalah gunakan oleh orang lain. Selain itu, peserta akan lebih berhati hati dan memeriksa dengan teliti agar tidak menjadi mangsa scam , phising dan penipuan jual beli dalam talian.