mcmc
Produk Tempatan

Produk Tempatan

Batu Lintang terkenal dengan produk anyaman dan jahitan manik. Kebanyakan produk-produk ini di hasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan ada yang menggunakan bahan kitar semula seperti surat khabar dan sebagainya. Antara produk anyaman yang telah di hasilkan adalah seperti bakul,tajau,tikar mengkuang dan banyak lagi. Bagi jahitan manik pula penduduk setempat lebih cenderung untuk menghasilkan produk perhiasan badan seperti set untuk “ngepan iban” atau pakaian tradisional kaum iban dan juga barangan cenderamata seperti keychain dan sebagainya.