mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q2 2023 – Celik ICT

Latar belakang:

Nama: Barvrick Bryan

Umur: 12 Tahun

Pekerjaan: Pelajar

Pendidikan: Sekolah rendah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:

Adik Barvrick sememangnya mempunyai pengetahuan asas komputer melalui program di sekolah. Namun, kemahirannya masih lagi terhad kepada beberapa asas sahaja seperti menaip, melayari internet, menggunakan google dan melayari video di YouTube.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:

Apabila terlibat aktif dalam program dan kelas di PEDi, beliau mula mempelajari bukan sahaja sekadar menaip menggunakan Microsoft Office Word malah, menggunakan medium tersebut dengan lebih mendalam untuk mengasah kreativiti beliau. Bukan sekadar itu, beliau juga kini telahpun terdedah dengan penggunaan Microsoft Office Powerpoint, Microsoft Office Excel, Spreadsheet, CapCut, Canva dan sebagainya. Tahap kemahiran beliau kini membolehkan beliau menggunakan medium-medium tersebut tanpa bantuan petugas PEDi.

 

Apa yang dipelajari melalui PEDi:

– Mengikuti kelas-kelas ICT (Word, PowerPoint, Canva, Capcut, Excel, Spreadsheet

– Advokasi/Klik Dengan Bijak

– Program Mantar Gawai, Earth Day, Movie Time

 

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT:

– PEDi banyak membantu beliau mempelajari cara menggunakan aplikasi/software baru yang berguna dalam pelajaran

– Beliau juga berpeluang mempelajari teknik atau cara yang lebih kreatif dalam menggunakan aplikasi/software yang diajar di PEDi