mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Q1 2023

LATAR BELAKANG CALON

Nama: Vanessa Imelda
Umur: 24 Tahun
Pekerjaan: Usahawan Kecantikan (Make Up/Spa/Manicure/Pedicure)
Pendidikan: Sijil Kemahiran Giat Mara (Bidang Kecantikan)
 
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Beliau sudah memiliki laman sosial peribadi sebagai platform untuk mempromosikan perkhidmatan beliau kepada pelanggan khususnya di sekitar Sri Aman. Oleh kerana beliau baru menceburi bidang ini, laman sosial beliau belum lagi mencapai pengikut yang ramai dan pelanggan beliau hanya terdiri daripada kenalan rapat sahaja.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Kini beliau telah mempunyai Facebook Page tersendiri untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan bantuan dan penglibatan PEDi, pengikut beliau di laman sosial mula bertambah kerana PEDi membantu menyebarkan perkhidmatan beliau kepada pengikut laman sosial PEDi. Beliau juga bukan sahaja mendapat pelanggan di sekitar Sri Aman, malah, ke kawasan lain seperti di Batu Lintang. 
 
Apa Yang Dipelajari Melalui PEDi
– Memplejari cara membuat pemasaran Online
– Mengikuti program Entrepreneurship Digital Garage yang dianjurkan oleh Sri Aman Digital Innovation Hub
– Mengikuti kelas bimbingan usahawan PEDi
– Mempelajari asas pengurusan kewangan
– Mempelajari teknik suntingan video