

Bermula Jun 2025, DILEA akan mengadakan sesi OPEN LIVE CLASS yang terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 4 dan 5. Kelas ini akan berlangsung setiap hari dari jam 3:30 hingga 4:30 petang, kecuali pada hari Rabu dan cuti umum.
Empat subjek ditawarkan dan sesi pembelajaran akan dijalankan mengikut jadual harian yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, sesi LIVE CLASS sebelum ini adalah khas kepada peserta yang berdaftar sahaja. Namun, sesi OPEN LIVE CLASS yang diperkenalkan bermula Jun 2025 ini adalah terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 4 dan 5, termasuk yang tidak berdaftar secara rasmi.
✅ Tiada had penyertaan dikenakan – semua pelajar digalakkan untuk turut serta secara aktif dalam kelas ini.
Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan akses pembelajaran yang lebih luas, terbuka dan inklusif kepada semua pelajar.