
𝟮 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 367,457 km.
𝟱 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Pertama pada jam 04:02 petang.
𝟭𝟬 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵
Bulan dan Marikh akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit barat dengan jarak sudut Bulan dan Marikh dari Bumi adalah sekitar 0.8 darjah.
𝟭𝟮 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 / 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 09:53 malam
𝟭𝟴 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 404,882 km.
𝟮𝟭 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 / 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Akhir pada jam 01:32 pagi.
𝟮𝟴 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 08:44 pagi.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
● Konjungsi (𝘊𝘰𝘯𝘫𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
● Jarak sudut ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (°), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
● 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗮𝘀𝘁𝗿𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 (𝗔𝘀𝘁𝗿𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗨𝗻𝗶𝘁) disingkatkan sebagai AU, adalah jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1 AU bersamaan dengan 1.5 x108 km
Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
● Waktu kejadian dalam Kalendar Astronomi dijana mengikut lokasi Kuala Lumpur.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻:
Perisian The SkyX Professional Edition
Perisian Stellarium
https://eclipse.gsfc.nasa.gov/SKYCAL/SKYCAL.html
https://eco.mtk.nao.ac.jp/cgi-bin/koyomi/cande/phenomena_en.cgi
http://www.seasky.org/astronomy/astronomy-calendar-2025.html
https://in-the-sky.org/article.php?term=conjunction&year=2025&moon=1&minor=1&tz=0#table
https://astropixels.com/almanac/almanac21/almanac2025aest.html
https://www.fourmilab.ch/images/3planets/elongation.html
https://www.fourmilab.ch/earthview/pacalc.html
https://in-the-sky.org/newscalyear.php?year=2025&maxdiff=1#datesel
https://iota-es.de/moon/moon_occ_plan.html
https://www.timeanddate.com/astronomy/meteor-shower/list.html