12 Februari 2023 – Sepanjang minggu ini, dari 6 Februari 2023 sehingga 12 Februari 2023, PEDi Batu Lintang telah melaksanakan beberapa kelas ICT. Para peserta terdiri daripada anak-anak komuniti setempat dalam lingkungan umur 6 – 13 Tahun. Antara kelas yang berjaya dilaksanakan kali ini adalah, kelas penghasilan komik menggunakan canva, kelas menaip karangan panjang dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan juga kelas melakar dan mewarna menggunakan Microsoft Word.
Kelas-kelas ini mendatangkan banyak faedah kepada kanak-kanak di awal usia tersebut. Kelas ini juga merupakan satu pendedahan awal kepada mereka di samping membentuk masyarakat yang kreatif. PEDi Batu Lintang sentiasa giat dalam menjalankan dan melaksanakan pelbagai kelas ICT menarik kepada masyarakat setempat tidak kira usia. Ini merupakan salah satu usaha untuk memperkenalkan dan memperkasa ilmu ICT dalam kalangan komuniti setempat.