mcmc
Aktiviti SemasaGaleriGaleri Foto

KEMPEN INTERNET SELAMAT @ SK SRI AMAN – 06 OGOS 2025

📱✨ Kempen Internet Selamat @ SK Sri Aman ✨📱

Pada 6 Ogos 2025, Sekolah Kebangsaan Sri Aman telah melakar satu lagi inisiatif hebat dalam mendidik pelajar tentang keselamatan di alam maya menerusi Program Kempen Internet Selamat yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seramai 72 orang murid Tahap 2 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan keterujaan!

💻 Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan awal tentang penggunaan internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab, khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah.

Dalam sesi ini juga, pelantikan rasmi Kapten K-Dat Guru telah diberikan kepada Cikgu Jallaliah Binti Mohd Zakeria, manakala Kapten K-Dat Murid diberikan kepada adik Alvin Mcryan Anak Alban Nangkai, simbolik kepada tanggungjawab sebagai duta keselamatan siber dalam kalangan warga sekolah.

🏆 Anugerah Khas turut diberikan kepada pelajar:

* *Kumpulan Terbaik

* *Pelajar Terbaik Lelaki

* *Pelajar Terbaik Perempuan

Pengiktirafan ini diharap dapat memupuk motivasi dalam kalangan pelajar untuk terus mengamalkan budaya penggunaan internet yang bijak dan selamat.