Latar belakang:
Nama: Andry Merudi
Umur: 10 Tahun
Pekerjaan: Pelajar
Pendidikan: Sekolah rendah
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:
Adik Andry merupakan anak sulung daripada dua beradik dan kini bersekolah dalam tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Batu Lintang. Adik Andry merupakan anak komuniti dari Rumah Panjang Entebar. Beliau mempunyai kemahiran asas menggunakan komputer yang dipelajari di sekolah lamanya namun kerana tiada komputer di rumah menghalang beliau mempelajari kemahiran ICT dengan lebih mendalam. Beliau merupakan anak yang rajin dan cepat mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, beliau lebih banyak menghabiskan masa di PEDi jika tiada aktiviti lain di rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:
Mula terlibat dengan PEDi dan mengikuti aktiviti kelas ICT yang dijalankan di PEDi. Beliau banyak mempelajari kemahiran ICT seperti aplikasi atau perisian misalnya, Canva.com, Capcut, Animasi Power Point, E-learning dan beberapa kemahiran yang lain. Beliau merupakan peserta E-tuisyen Quarter 1 (bulan Februari). Beliau juga banyak menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi seperti pertandingan mencipta poster dan Advokasi/KDB. Beliau juga boleh membantu memberi tujuk ajar kepada rakan yang lain.
Apa yang dipelajari melalui PEDi:
-Mengikuti kelas Klik Dengan Bijak
-Terlibat dengan kelas-kelas ICT
-Pertandingan mencipta poster sempena dengan Hari Air Sedunia
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT:
PEDi Batu Lintang membantu adik Andry mempelajari kemahiran ICT melalui kelas yang diberi. Adik Andry diberi bimbingan yang berterusan dan diberi peluang membuat atau melakukan tugasan secara sendiri supaya dia boleh mengaplikasikan ilmu yang dipelajari agar menjadi mahir.