Latar belakang:
Nama: Nathaniel Ezekiel Shena Anak Anthony Belun
Umur: 11 Tahun
Pekerjaan: Pelajar
Pendidikan: Sekolah Rendah
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:
Tidak mempunyai asas kemahiran komputer. Beliau hanya boleh menggunakan aplikasi Youtube dan Whatsapp menggunakan telefon pintar sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:
Terlibat aktif mengikuti kelas ICT di PEDi memberi peluang kepada beliau mempelajari asas Microsoft Office seperti, Word, Power Point, Excel, Canva dan pelbagai aplikasi pembelajaran yang lain. Kemahiran ICT beliau semakin baik sejak mengikuti kelas di PEDi. Adik Nathaniel juga selalu mengikuti program atau aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi seperti aktiviti kemahiran komunikasi, tip belajar dengan berkesan serta aktiviti STEM/IOT.
Apa yang dipelajari melalui PEDi:
• Mengikuti kelas ICT (Word,Power Point, Canva, Capcut, Excel, Spreadsheet)
• Klik Dengan Bijak/Advokasi
• Kelas STEM/IOT, e-learning dan kelas soft skill
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT:
• Petugas memberi bimbingan dengan menyediakan tugasan atau permainan yang menarik serta sesuai dengan pembelajaran beliau di sekolah.
• Petugas juga memberi perhatian khusus kepada beliau apabila mempelajari ICT di PEDi.
• PEDi juga memberi peluang kepada adik Nathaniel mengembangkan kreativiti melalui kelas ICT.