Pada 19 hingga 20 Februari 2022 , Pusat Ekonomi Digital Sri Aman telah mengadakan Program BUSA .Program ini merupakan inisiatif Program Pusat Ekonomi Digital ( PEDI ) Sri Aman di mana petugas mengintai usahawan kecil yang sedang berusaha membina nama dalam bidang keusahawanan di sekitar Sri Aman. Program bermula pada pukul 830 pagi dan tamat pada 1230 tengahari. Petugas bekerjasama dengan PEDi Sri Aman bagi mencapai objektif PEDI membantu Usahawan ke arah Dunia Digital.
Antara Aktiviti-aktiviti tersebut ialah, tips peningkatan Jualan & langkah langkah Operasi Perniagaan melalui perkongsian Case Study usahawan yang berjaya. Sosial Media Platform yang sesuai untuk mempromosikan produk perniagaan – Setup Facebook page & Google My Business . Yang ke 3 , memperkenalkan E-Preneur Corner- setiap Usahawan mencuba peralatan yang di sediakan dan segala peralatan diguna secara percuma. Selain itu , Teknik photograpy & teknik editing poster bagi mempromosikan jualan. Seterusnya ialah Contens idea bagi mempromosikan Brand Name & Produk Jualan. Yang terakhir ialah , sedikit perkongsian basci aplikasi untuk merekod kewangan yang mudah dan menarik untuk para peniaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan