mcmc
Makanan

Makanan

Batu Lintang juga merupakan sebuah kawasan yang mempunyai pelbagai jenis makanan tradisi yang masih di masak sehingga kini.Antara makanan yang sering di jadikan sajian utama baik pada musim-musim perayaan ataupun keraian adalah seperti ayam pansuh,kuih penyaram,kuih jala dan banyak lagi pilihan makanan.Makanan seperti ayam pansuh dan kuih jala merupakan menu wajib yang harus di masak oleh penduduk sekitar setiap kali menjelang perayaan Hari Gawai,Krismas mahupun majlis-majlis keraian seperti menyambut tetamu dan sebagainya.

 

KUIH JALA

AYAM PANSUH

Ayam pansuh atau “manok pansuh” dalam bahasa iban merupakan menu wajib setiap kali perayaan. Ayam yang di masak menggunakan buluh dan beberapa ramuan istimewa lain menjanjikan kelainan dari segi rasa dan tekstur ayamnya. Ayam dan buluh merupakan komponen utama bagi menyediakan sajian ini. Ianya di masak seakan akan lemang.