mcmc
Maklumat PEDi

Maklumat PEDi

photo 2023-08-25 08-18-50

Pusat Ekonomi Digital Batu Lintang dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama dan penyeliaan oleh Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd

 

Pengenalan

Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk:

1. Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar;

2.Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.

3. Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.

4. Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:

1.Latihan ICT

2.Latihan keusahawanan

3.Latihan multimedia

4.E-pembelajaran

5.Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan

6.Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan

Transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

 

Berikut merupakan maklumat am PEDi Kampung Entebar Undop :

 

Nama                       :   Pusat Ekonomi Digital Batu Lintang

Alamat                     :   Pusat Internet, Jalan Batu Lintang, Rh. Maureen  Entebar Batu

                                    Lintang Undop, 95000 Sri Aman, Sarawak.

Email                       :  batulintang@pedi.my

Portal                      :   batulintang.pjk.com.my

Facebook Page       : https://www.facebook.com/batulintangundop

Waktu operasi         :   Setiap hari kecuali cuti umum.

                                    8:00 AM hingga 5:00 PM

Pengurus                : Nanyie Anak Geogery Gelanggang

Penolong Pengurus: Maria Anak Mudin

 

Kenali Petugas

 

PASSPORT PHOTO MARIA

JAWATAN: PENGURUS

NAMA: NANYIE GEOGERY GELANGGANG

TARIKH MULA BERKHIDMAT: 21 NOVEMBER 2022

JAWATAN: PENOLONG PENGURUS

NAMA: MARIA ANAK MUDIN

TARIKH MULA BERKHIDMAT: 3 FEBRUARI 2023