mcmc
Aktiviti SemasaGaleriGaleri Foto

Mati Pucuk: Musuh Dalam Selimut

Perbincangan bersama Dr. Mohamad Fairuz bin Mohamad Sharin, Pensyarah Perubatan dan Pakar Bedah Urologi, UPM, mengenai isu mati pucuk (erectile dysfunction) di kalangan lelaki. Perbincangan menyentuh hubungan antara mati pucuk dan kesihatan kardiovaskular (jantung), pilihan rawatan perubatan moden serta kaedah pemulihan yang selamat. Pakar turut menyentuh isu bahaya produk terlarang seperti kopi jantan, krim keras, dan suplemen tidak berdaftar yang dijual secara bebas oleh golongan tidak bertanggungjawab dan boleh membawa risiko komplikasi serius, termasuk maut. Tonton penjelasan pakar mengenai isu ini dan cara mengatasinya dengan selamat dan berkesan!