mcmc
Aktiviti SemasaGaleriGaleri Foto

NADI X KIDVENTURE: PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 COHORT 3

NADI X KIDVENTURE: PENYERTAAN MASIH DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 (COHORT 3)

Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan telah membuka penyertaan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 3.

Kami telah menerima sambutan yang menggalakkan dan mengalu-alukan penyertaan lebih ramai peserta.

Pengenalan:

Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun).

Peserta akan mempelajari modul latihan berkaitan perancangan perniagaan, pengoperasian syarikat, perancangan kewangan perniagaan dan pemasaran. Mereka juga akan didedahkan dengan asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Syarat-syarat Penyertaan:

Warganegara Malaysia

Berusia 7 – 17 tahun

Kanak-kanak Lelaki & Perempuan

Berdaftar sebagai Ahli NADI

Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan

Mendapat kebenaran Ibu bapa / Penjaga