Utama

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!
Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.
Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.
📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙10.00 pagi – 10.00 malam
📍MAEPS Serdang, Selangor
Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.
Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.
“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi: @kpkmmalaysia @mahaoffialmy
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)
#MAHA2026
#MAHAdatanglagi
#MADANIBekerja
#MalaysiaMADANI
#CukupDanTerjamin
CYBERSECURITY: RISIKO KAMERA TERSEMBUNYI, APA YANG ANDA PERLU TAHU?
📣 [WEBINAR DECEMBER NADI x CYBERSECURITY]ANCAMAN KAMERA TERSEMBUNYI, APA YANG PERLU ANDA TAHU 📅 4 Disember 2025 (Khamis)🕒 3:00 PM – 4:30 PM💻 Platform: Zoom🔗 Pautan Pendaftaran: cybersecurity.nadi.my (untuk ahli […]
3 KESILAPAN IBU LEPAS BERSALIN YANG BOLEH ROSAKKAN TULANG BELALANG! S084
3 Kesilapan Ibu Lepas Bersalin Yang Boleh Rosakkan Tulang Belakang! | S084 Ibu lepas bersalin selalu sakit belakang? 😣Rupa-rupanya ada 3 kesilapan kecil atau mitos yang beri impak besar pada […]
JADUAL AKTIVITI BULAN DISEMBER NADI BATU LINTANG
Salam sejahtera,Berikut dilampirkan jadual aktiviti NADI Batu Lintang bagi bulan Disember 2025. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (MAHIR)
Program yang membantu memperkasakan komuniti dengan kemahiran melalui Kursus: Fotografi, Memasak, Menjahit, Pertanian Pintar, dan Kemahiran Membaiki Gajet. #nadi #nadibatulintangundop #batulintangundop #nadimahir
NADI X KESEDARAN
Kempen Internet Selamat adalah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mendidik masyarakat menggunakan internet secara bijak dan selamat. #nadi #NADIBatuLintangUndop #kempeninternetselamat #batulintangundop
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (E-SUKAN)
Program e-sukan dibawah pembelajaran Sepanjang Hayat yang bertujuan sebagai alternatif laluan pendidikan untuk pembangunan kemahiran jati diri dan kerjaya melalui e-sukan. #nadi #NADIEsukan #NADIBatuLintangUndop #batulintangundop
NADI X KEUSAHAWANAN
NADI X KEUSAHAWANAN Teras Keusahawanan adalah antara inisiatif SKMM untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing dan lestari melalui perkhidmatan pintar yang disediakan di NADI. #nadi #NADIBatuLintangUndop #usahawannadi #batulintangundop
NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI
NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi merapatkan jurang pengetahuan berkenaan e-kesihatan dan kesejahteraan kendiri. #nadi #NADIBatuLintangUndop #jomsaring #batulintangundop
KENALI NADI BATU LINTANG
Kenali NADI Batu Lintang, Pusat Maklumat Komuniti Anda #nadi #NADIBatuLintangUndop #batulintangundop #jomkenadi


