Batu Lintang merupakan sebuah kampung yang masih lagi kaya dengan keindahan alam semula jadi. Melalui keindahan alam semula jadi ini, air terjun yang terletak di hujung kampung telah menjadi tempat tarikan pelancongan. Air terjun ini dikenali sebagai Air Terjun Wong Pupo. Kawasan ini juga boleh dijadikan tempat untuk dikomersialkan. Selain berfungsi sebagai tempat pelancongan, airnya juga menjadi sumber bekalan air mentah kepada komuniti setempat.