
















































NADI X KOMUNITI MADANI
17 Jun 2025 – Bertempat di NADI Kampung Baru Hilir telah dianjurkan program NADI bersama Komuniti Madani. Dihadiri oleh Pegawai Jabatan Penerangan bahagian Sri Aman, penyelaras-penyelaras Komuniti Madani, Pengurus NADI Batu Lintang, Pengurus NADI Kampung Pangkat Stumbin.
Antara Komuniti Madani yang terlibat:
1. Komuniti Madani Kampung Melayu Simanggang
2. Komuniti Madani Bandar Simanggang
3. Komuniti Madani Kampung Sabu Simanggang
4. Komuniti Madani Kampung Lemanak
5. Komuniti Madani Kampung Pruan
6. Komuniti Madani Stumbin
Dalam program kali ini, Pengurus NADI Kampung Baru Hilir telah memperkenalkan NADI kepada Komuniti Madani. Di samping itu, beliau turut mempromosikan kelas-kelas yang ada dijalankan di NADI terutamanya kelas mahir yang dilihat dapat membantu komuniti dalam bidang kemahiran.
Selain itu, turut diterangkan berkenaan dengan inisiatif kerajaan iaitu SARA sebagai pencerahan kepada para komuniti. Berjalan seiring sepanjang program adalah saringan kesihatan percuma kepada semua komuniti yang hadir.