mcmc
Aktiviti Semasa

PROGRAM ONE STOP CENTRE (OSC) – HARI BERSAMA PELANGGAN MADANI DAERAH SRI AMAN TAHUN 2025

https://www.facebook.com/share/p/17CLsM968m

13 Disember 2025, Sabtu – YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak telah merasmikan Program One Stop Centre (OSC) – Hari Bersama Pelanggan MADANI Daerah Sri Aman Tahun 2025 anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bertempat di Dewan Suarah Sri Aman.

Ini adalah salah satu inisiatif penting dibawah Inisiatif Kesejahteraan Rakyat (Sejahtera MADANI) yang menghimpunkan pelbagai bentuk perkhidmatan daripada 24 agensi kerajaan Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun, JKKK SejaTi MADANI serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan objektif utama untuk memangkas kemiskinan serta memastikan perkhidmatan kerajaan sentiasa dekat dengan rakyat, mudah diakses dan berkesan.

Program OSC ini juga berfungsi sebagai platform sehenti bagi komuniti Sri Aman untuk membuat semakan, pendaftaran, mendapatkan maklumat bantuan, saringan kesihatan, pelan kewangan, latihan kemahiran serta pelbagai inisiatif kerajaan yang lain. Dalam pada masa yang sama, sebagai usaha meringankan beban rakyat serta menyokong agenda pemerkasaan sosial di bawah inisiatif pemangkasan kemiskinan Kerajaan MADANI, ICU JPM Sarawak telah mengadakan Penyerahan Bakul Makanan Kasih Sejahtera MADANI kepada 7 Ketua Isi Rumah (KIR) eKasih.

Selain itu, Syarikat Hari-Hari turut menunjukkan komitmen sosial korporat dengan menyerahkan baucar pendidikan bagi Program Didik Kasih: Kasih Siswa Tahun 2025 bernilai RM500 setiap satu kepada 90 KIR, bagi membantu menampung keperluan pendidikan keluarga terlibat.

Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato Jasni bin Haji Jubli, Pengarah ICU JPM Sarawak dan YBrs. Encik Shariff bin Bujang, Pegawai Daerah Sri Aman.