








SAMBUTAN PROGRAM KHAS HARI MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI BATU LINTANG
Batu Lintang, Undop – 7 September 2025, NADI Batu Lintang telah berjaya menjalankan aktiviti sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Program ini diadakan dengan tujuan mengaktifkan penggunaan NADI sebagai pusat interaksi sosial, pendidikan dan digital rakyat. Di samping itu, program ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan perpaduan nasional melalui aktiviti di peringkat komuniti, memupuk rasa cinta kepada negara merentasi semua lapisan masyarakat.
Pelbagai aktiviti juga telah dijalankan serentak seperti tayangan video kemerdekaan, pertandingan mewarna kanak-kanak, tontonan video keusahawanan, saringan kesihatan, dan tontonan video kelas kesedaran e-sukan. Dengan kesempatan ini juga, NADI Batu Lintang turut mengadakan penyerahan sijil kelas MAHIR kepada 7 orang peserta Ambilan Pertama yang telah berjaya menamatkan kelas mereka. Syabas dan tahniah diucapkan. Selain itu, pemain wakil Mobile Legends Bang Bang juga turut dijemput bagi penyerahan sijil penyertaan pertandingan peringkat negeri.
Pengurus NADI Batu Lintang juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang telah menyempurnakan program pada kali ini terutamanya kepada barisan Tuai Rumah (Tuai Rumah Maureen, Tuai Rumah Victoria dan Tuai Rumah Julia) yang telah hadir sebagai tetamu jemputan khas. Sehubungan dengan itu, Pengurus NADI turut giat mempromosikan perkhidmatan pintar yang ada di NADI dengan lebih menggalakkan penyertaan pada masa akan datang.