mcmc
Sejarah

Sejarah Batu Lintang

Sejarah Batu Lintang Sri Aman

Sejarah Batu Lintang

Batu Lintang merupakan sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Sri Aman. Daerah kecil yang rata-ratanya di huni oleh kaum berbangsa iban ini di tadbir oleh Penghulu dan Pemancha. Sejarah bagaimana Batu Lintang mendapat nama di katakan daripada seketul batu. Batu yang dikatakan berada dalam kedudukan melintang menghalang perjalanan penduduk pada masa tersebut yang menggunakan jalan air sebagai jalan utama.

Batu melintang tersebut pernah cuba di alihkan oleh penduduk kampung kerana mengganggu perjalanan harian mereka yang menggunakan jalan sungai sebagai nadi utama mereka namun setelah berjaya dialihkan batu tersebut kembali semula ke kedudukan asalnya menyebabkan penduduk setempat pada masa itu cuba mencari alternatif lain dengan membuat gotong-royong membuka saliran lain yang boleh di lalui. Setelah sekian lama cerita kehadiran batu tersebut menjadi buah mulut penduduk kampung, kini tiada lagi tanda yang membuktikan kewujudan batu melintang yang dikatakan penduduk setempat menjadi punca bagaimana Batu Lintang mendapat namanya.

 

Sumber:Penduduk Batu Lintang